วันพุธที่ 14 เมษายน พ.ศ. 2553

Khmer M'Chas Srok Wishes for the "New Year of the Tiger"



KUALA LUMPUR : Perhimpunan membantah lesen judi untuk Piala Dunia dan penganjuran konsert 12 jam yang dihalakan kerajaan Malaysia bertukar kecoh apabila pihak polis tiba cuba menghalang ucapan pemimpin Pemuda Pakatan rakyat (PR) dan NGO yang hadir.

Majlis itu diadakan selepas solat jumaat di Masjid Jamek Kampung Baru pada jam 2.10 petang tadi.

Pihak polis bertindak naik ke pentas ketika Ketua Angkatan Muda Keadilan(AMK) Selangor, Khairul Annuar Ahmad Zainuddin sedang berucap dan merampas pembesar suara yang digunakan Annuar.

Setelah berbincang, pihak polis membenarkan mereka meneruskan ucapan selama lima minit sahaja.

Namun lebih mengejutkan apabila tidak sampai dua minit selepas itu, pihak polis kembali ke pentas dan cuba merampas semula pembesar suara walaupun telah memberi kebenaran untuk mereka berucap selama lima minit.

Insiden tolak menolak mula berlaku dan menyebabkan keadaan menjadi kecoh dan terdapat beberapa orang yang terjatuh dari pentas tersebut.

Setiausaha Pemuda PAS Pusat, Kamaruzzaman cuba untuk berunding dengan pihak polis namun pihak polis mengarahkan beliau meminta orang ramai yang hadir di situ beredar.

Seorang pemuda telah ditahan ketika kekecohan berlaku namun telah dilepaskan tidak lama kemudian.

Turut hadir dalam bantahan tersebut ialah Pemangku Ketua PAS Wilayah Persekutuan (WP) Herman Samsudeen, wakil Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Kelab Penyokong PAS dan Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM).

Bantahan itu disaksikan lebih 400 orang penyokong.

erapapakatan


Share

ไม่มีความคิดเห็น:

แสดงความคิดเห็น