วันอาทิตย์ที่ 18 เมษายน พ.ศ. 2553

Thai army says will "punish" protesters

TSUNAMI POLITIK....Itu lah yang dilaung-laungkan oleh Pembangkang yang berjaya menguasai beberapa negeri di Semenanjung setelah tamat PRU12 yang lalu. Semua orang terpesona dengan ungkapan tersebut. Tetapi ramai yang tidak sedar disebalik makna negatif ungkapan tersebut.

Apa yang kita faham dengan istilah tsunami? Tsunami yang kita faham adalah satu gelombang besar yang terhasil akibat gempa di dasar lautan. Gelombang besar dari lautan terhasil kemudian datang melanda kawasan daratan. Itu istilah mudah yang kita fahami.

Pihak pembangkang kemudiannya mengguna pakai istilah tersebut bagi menggambarkan kemenangan mereka di beberapa negeri. Cuba kita perhatikan bagaimana keadaan tsunami ketika ia melanda. Tsunami sebenarnya membawa segala sampah, sisa-sisa runtuhan, bangkai, dan pelbagai lagi kotoran ketika ia melanda daratan.

Begitulah juga keadaan pembangkang yang menganggap kejayaan mereka seumpama tsunami. Mereka datang dengan membawa pelbagai perubahan songsang, membawa pemimpin-pemimpin yang seumpama sampah, mengotorkan keadaan yang bersih, dan cuba mengubah kedudukan yang sebenar kepada acuan kotor mereka.

Jadi, kenapa perlu berbangga dengan keadaan yang berlaku sekarang. Keperluan sekarang adalah untuk membersihkan semula kotoran-kotoran yang dibawa oleh tsunami tersebut. Memang ianya perkara yang sukar kerana terpaksa mengambil masa yang lama.

Pulau Pinang adalah mangsa tsunami paling sadis. Keupayaannya selama ini untuk menjana pendapatan berbillion-billion kini dinafikan oleh pihak kerajaan negeri sekarang ini. Malangnya, masih ada yang tak faham...
Pulau Pinang yang mampu menarik ramai pelabur ke negeri ini pada satu masa dahulu kini didakwa menuju zaman malap ekoran kehilangan minat pelabur untuk berbuat demikian.

Setiausaha Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Azhar Ibrahim (gambar) berkata, ia jelas dapat dilihat daripada perbandingan jumlah pelaburan yang dibuat pada 2008 iaitu lebih RM10 bilion merudum teruk kepada RM2.5 bilion tahun lalu.

Menurutnya, rakyat sebenarnya terpengaruh dengan istilah 'tsunami politik' yang sering dilaungkan dengan megahnya oleh pakatan pembangkang sedangkan maksud tsunami itu sendiri tidak membawa makna yang baik.

''Bukan ke tsunami itu membawa kemusnahan serta keburukan dan ini sebenarnya sedang berlaku di Pulau Pinang dalam tempoh dua tahun di bawah pemerintahan Ketua Menteri, Lim Guan Eng.

''Isu pelaburan mungkin bukan baru tapi itu hakikatnya, pelabur lari dan yang masih tinggal pula mahu kecilkan kilang.

"Lebih 50 tahun Barisan Nasional bina kilang, wujudkan Zon Dagangan Bebas (FTZ) kini semua nak hancur," katanya. Sambung baca SINI

ไม่มีความคิดเห็น:

แสดงความคิดเห็น